semua cerita cerita walaupon tak gempak,saya akan cuba untuk mengempakknya jugak.boleh?
Monday, August 9, 2010
puasa jangan tak puasa
meronggeng je taw...
malam ahad tu, kami pergi karok dekat ktv.tunggu berjam jam semata mata maw karok selama 1 jam je.tapi sangat berbaloi baloi sebab kami sangat puas menyumbangkan sura dekat situ yee...
esoknya pulak,kami plan nak pergi genting. then,ajak la kday dengan nas sekali kan.baru enjoy kalau pergi ramai ramai.nama pon hari weekend kan.sungguh ramai manusia manusia dekat genting tu.nak beratur naik kable car pon 2 jam ouhh..sungguh sadis!!
sampai dekat theme park pon kene beratur jugeekk..mainnya tak sampai 5 minit.nak beratur tunggunya nak dekat 2 jam.kesimpulannya kami penat untuk beratur je.kesian dowhh...
tapi saya sangat suka bila naik roller coster,solero.spinner saya naik 2 kali kot..sangat besttt!!!haha..
madah berhelah : time karok tu saya dapat lagu baru.emang dasar by wali band!
Wednesday, August 4, 2010
heppy besday to me
tapiiiiiiii..yang paling aku tak suka suprise suprise nih.aku je yang boleh buat suprise suprise kat korang.kalau nak buat untuk aku tak payah lah nak beria suprise.takde makna kot.aku taw niat korang baik,nak bagi aku terharu kan?kan?
macam hari tu la.aku dah la penat mengemas mengangkat barang bagai dekat kinrara.aku nak la jugak merasa tidur awal hari tu.then,tup tup telefon suruh aku siap bagai.aku angin jugak la.tidur aku kene kacau.adoiyai...tapi mengenang kan kawan kawan dah plan macam macam kan so pergi la jugak.kan senang kalau korang cakap dengan aku,'wani,kami nak celebrate besday ko malam ni.jangan tidur dulu'.FOR SURE aku akan tunggu punya even penat macam mana pon.
tapi kalau aku explain macam ni pon.mesti korang akan cakap yang aku saja saja tidur awal.takut kena baling telur bagai.pada aku senang, dulu aku pernah buat orang,so bila sampai turn aku, aku dah redha kalau korang nak baling telur bagai.ada faham???
perghh, ayat aku.mengancam siot.dah matang kan.so, penulisan pon kene matang jugak.hahaha
madah berhelah : thanx kat korang yang bagi hadiah kat aku.
jangan risau, saya wujud lagi
nama pon pindah rumah kan?so streamyx aku sudah dipotong berkuatkuasa jumaat lepas.meroyan aku sekejap tak boleh online.tapi yang aku pelik dekat rumah sewa kalau seminggu tak online pon tarahal pada aku.tapi kalau kat rumah, sesaat tak online je dah ketar lutut semua.asal ye? simptom apakah ini???
madah berhelah : aku suka online..hahahahha
Friday, July 23, 2010
pindah rumah
saya maw berpindah rumah...
ini bukan atas kehendak saya,tetapi kehendak pak cik razak yang tidak tahu erti sabar sekejap.
dari selayang ke bandar kinrara.
harap harap kawan - kawan sudi datang ke rumah bila raya menjelma nanti
semoga ikatan silaturahim tidak terputus..
madah berhelah : perghh ayat aku.A++ aku kasi.hahahaha
takot!!!
down
then,bila aku fikir dan fikir balik.aku rasa ada hikmah di sebalik nya.
rasa sangat sangat bersyukur kepada ALLAH.jikalau tidak diaturnya hidup aku macam ni,maybe aku akan terpesong dengan lebih jauh lagi.dan aku akn sentiasa mengalami perasaan bongkak sombong yang sentiasa ada dalam diri ni.kini,baru aku mengerti bahawa tidak semua orang akan berada sentiasa di atas.dan seperti aku jugak.
madah berhelah : so,wani.do your best!rilek sudah ok..
minggu yang tersibok
ok.stop merapu kerapu siakap ini.
minggu ni memang betol betol betol sibuk ouh.tak tipu tak tipu.
ada assignment banyak gilak.then,buat sampai 2-3 pagi.ok la ok la.aku tipu yang tido sampai 2-3 pagi tu.minggu ni aku tido paling lambat pon 1 lbih pagi.(ok,sila abaikan ayat 1 lebih pagi)
then,kelas aku ada buat jualan amal untuk dapatkan duit kelas.mula mula aku,bed,su,pikah ngan sheila je yang mula bisnes nih.kami pergi jual burger and sosej bagai dekat dalam kamsis.baru hari pertama dah kantoi dengan warden.gila tak boleh blah.paling kemon pon nak kantoi,bagi la dua tiga hari lagi ke.apa ke de hal betol.
kami tak putus asa.kami mencari inisiatif lain pulak.cewaahh.tengok ayat aku.power kan.dah tu kami target pulak budak sekolah.tapi still tak laku.maybe budak sekolah kan petang petang camtu mana la ada duit dah kan.
so,kami decide untuk buat bisnes jual burger pulak.semalam baru start.so,tak tahu la camne kan.harap harap maju la sikit.even slow slow pon.aminnn...
Saturday, July 10, 2010
geng baru
apa apa pon Congratess!! ye mak cik shaha..
novel baru
Friday, July 9, 2010
karoeke.caya tak?
hahaha.dia je nak nyanyi semua.payah gak ouh..tapi memang enjoy ok..
madah berhelah : cop!biawak komodo pilih lagu ni kot suruh aku nyanyi.macam ape je.adakah dia pernah tgk blog aku?watever!tapi yang penting dia nak suruh aku tarik suara untuk nyanyi.macam siot je.hahaha..tak lengkap pulak tak sebut nama nama yang pergi ek. (sheila,biawak komodo,kamil,adib,kak nurul,popeye,ekyn)
sebagai student yang dedikasi
stop pasal story bola
ok.setelah aku mengkaji dan dikaji, aku rasa selama ni segala usaha penat lelah dan gigih untuk menyokong argentina,brazil dengan Portugal adalah satu kerja sia sia.ececeh.dan dan aku cakap kerja sia sia.sebab nya korang da taw la kan.semua negara yang aku sokong,semua semua kalah ouh.
Disebabkan kalah teruk, aku terus delete simpan semua jersey aku kat fb.puas hati kot.hahaha.dah la kena bahan dengan kamil and salam.adoii.penat ok.menadah muka yang sedia malu ni.
So,sekarang aku dah malas nak cerita pasal bola dah.kita tunggu 4 tahun lagi ek.hahaha
Saturday, July 3, 2010
not in a good mood
argentina kalah ouh..
ape la main macam budak budak.
wat the fish betul.
tak nak tengok bola dah..
pheuwwww!!
Friday, June 25, 2010
brazil vs portugal
mana taknya.match start pukul 10 mlm.aku keluar pukul 10.10 mlm.memang penuh lah dah semua tempat.tu pon nasib dapat seat.kamil punya la kemain poyo cakap nak datang,tapi batang hidung pon tak nampak.pooodaahhh.cakap tak serupa bikin.*merajuk dengan ko satu minit*
tapi memang best la tengok ramai ramai kan.baru ada feel sikit ouh.takpe2 kamil takde pon takpe.adib ada bawak nas,salam,popeye dengan amri la.nasib adib ada bawak geng.result untuk match ni 0-0 ouh.sedih betol..
madahberhelah : aiseyhh.time time ni pulak la ada orang dari palace golden hotel call.ntah apa dia nak ntah.menyemak je.wat the fish betul.ni paling koman nak menyusahkan orang.nak tanya soalan bodoh kat aku la tuh.
rajin tak?
*kemain banyak aku baru perasan*
aku sebenarnya takde la malas yang macam disangka sangka selama ini *perghh ayat,macam nak dapat karangan A++*
dalam bulan june ni.banyak jugak aku dah post entry.
rasa terharu pulak.ini dah jadi bukti aku semakin rajin kan?kan?
haha.
takde gamba
cop cop cop...
aku baru perasan ouh..
kebanyakan entry aku takde gambar kan?kan?
aiseyhh..
patot la rasa macam syok sendiri je..
hahaha...
Thursday, June 24, 2010
karate kid
sorry to kamil dengan adib sebab tak ajak korang.kai bukalupa kawan tapi kami serba salah dengn korang.asyik asyik suruh teman keluar je.mesti korang boring dah nak keluar dengan kami.sob sob sob *sambil kesat air mata*tibatiba aku nak emosi terlebih ni apahal?
dush kang sia sia je..hahaha
b.o.s.a.n
nak pergi cari tempat makan pon dah boring ouh.tak taw nak makan kat mana lagi.sejak dua menjak ni kan aku dengan sheila ada bodyguard.*kamil dengan adib* so, dengan dorang je lah kami pergi makan.nak makan kat rafi dah bosan.aku rasa nak muntah asyik makan nasi je.malam tadi pergi la pusing pusing cari tempat makan.bajet nak makan benda best selain nasi ar.last last makan dekat kfc je.kalau makan kfc dekat dekat dengan rumah takpe.ni haa..jauh giler kami pergi makan kfc.kat i city tu haa..tak boleh blah ok.
lepas da melantak kfc,pergi pulak icity.aku jakun ok.tak pernah lagi pergi icity.hahaha.sangat sangat cantik rupanya lampu lampu dekat sini.kamil siap bawak kamera lagi.actually sebenarnya tak plan pon nak pergi sini.
kadang kadang rasa bersalah pulak dengan adib.pasal keluar dengan kami la dia asyik gaduh dengan awek dia.sangat kesian ok.kamil? dia tu jenis takde perasaan punya orang.hahaha
Wednesday, June 23, 2010
gigih tak aku??
aiseyhh.aku balik shah alam mula la asyik nak tido je siang malam.sampai aku dah penat nak tido kot.maybe kalau dekat selayang, pn azlina akan menjeling jeling aku kat dalam bilik.takot aku tido terus ke apa.hahaha.dan pn azlina akn sentiasa maw berstory mory dengan aku.macam aku takde kerja lain selain nak dengar cerita dia.hoi!anakderhaka mengata mak sendiri.haha.dah tu,petang petang macam ni aku layan tv je.layan cerita indon lagi lagi benci bilang cinta tu.aiseyh.rindu la pulak nak tengok cerita tu.malam pulak.layan fb sampai biji mata nak terkeluar dari mata.hebat tak aku?kalau aku tak keluar rumah pon aku tak heran.haha.tapi kalau kat s.alam ni membuatkan aku bosan bosan bosan.rasa macam nak keluar selalu je.kenapa ye? aura shah alam ni tak sesuai kot dengan aku.ececeh.*ayat setan nama nye*hahaha.kenapa aku tak cakap kalau duduk kat shah alam ni rasa macam asyik nak jadi setan je.baru gigih kan?kan?
kenapa perlu saya bersyukur?
1. saya seorang yang islam
2. saya anak pertama
3. saya seorang perempuan
4. saya mempunyai family yang penyayang *oh papadom ku!*ahaks.
5. saya dikelilingi oleh ramai kawan yang sanggup susah senang bersama saya.
6. saya mempunyai akal fikiran yang normal
7. hari hari saya makan.
8. dapat beli favourite items * i like!*
9. dapat melihat,mendengar dan meraba ops..merasa dengan baik.
10. sebab saya adalah NURSHAZWANI anak AB RAZAK.
madahberhelah : ni baru sebahagian kenapa perlu aku bersyukur.so, mari kita pikir pikir dengan lebih banyak kenapa perlu kita bersyukur.
demam
masa seminngu cuti haritu boleh pulak aku demam.tak taw kenapa dan kenapa.lepas balik usha rumah dekat kinrara mula lah air dari hidung meleleh leleh *sigh*.kepala otak pon dah terasa sakit ouh.tup tup demam pulak kan.nasib aku demam sehari semalaman je.bagi aku demam sehari semalaman tu pon aku dah berbungkus bagai.serius.memang panas giler badan aku masa tu.aku pulak jenis MALAS sebenarnya nak makan ubat.sheila masa tu pulak tidur rumah aku.so redha sahaja tidur sebelah budak demam.esoknya, lepas bangun pagi rasa segar sikit.just pening pening kepala tu ada la kan.so,aku assume demam tu sebab terkejot kot nak jumpa razli hari hantar report.hahaha.
sekarang,dah balik rumah sewa.sheila pulak ganti aku demam.dia demam sampai nak termuntah muntah bagai.ko mengandung anak siapa ha sheila?*takde kena mengena pon*bawak pergi klinik,dokter tu boleh pulak cucuk bontot dia terus.haha.sebab panas jugak kot dia nya temperature.tapi takkan la sheila demam sebab berjangkit dari aku?tak mungkin tak mungkin.lama sangat effect nya.maybe berjangkit dari ayah dia kot.ha baru betul.*angguk angguk*
madahberhelah: dokter yang sama cucuk bontot atiq masa dia kena period pain waktu sem2 dulu.dan aku la orang yang sama teman dorang pergi masuk dekat bilik dokter tu.walaweh!
Monday, June 21, 2010
jalanjalan
malam tadi aku lepak dengan budak kelas sampai 2 pagi ok.
malam tadi nas ajak lepak lepak kan.aku on saja dan lagi tergedik gedik bila nas sebut nak belanja pulak kan.hahaha.so ajak sekali adib dengan kamil la sebagai bodyguard.aha!jangan jeles ok.aku ngan sheila ada bodyguard baru.bukan!bukan kamil bodyguard baru tapi adib la. ingat nak makan dekat area ttdi je tapi kamil mengada ngada plus gedik tak nak makan dekat area ttdi pulak.nasib adib taw port agak best sikit.sikit je la.
lepas tu pergi uptown semata mata nak beli topi kamil. aiseyhh, beli beli topi tu terus la dia pakai.rasa macam tak nak tanggal da.hahaha.
TARGET : selesaikan hutang dengan adib untuk belanja dia makan ABC.selagi tak belanja,selagi tu buat mogok.hahaha
hanta report
1
2
3
lets start untuk membayangkan.
aku dengan muka penuh kecuakan dan berfikiran bukan bukan masuk la dalam bilik dia kan. dan masa kaki aku step je kat dalam bilik tu, aku dengar bunyi macam game kat dalam komputer dia. memang dia tengah main game masa tu ye.then nas sebagai orang kanannya yang check report aku.dia just sign dekat buku report harian aku je.wat the fish ha? sengal gila ok. lepas tu boleh pulak dia tanya soalan merapu rapu kat kami. aisey, demam ke apa razli nih.hahaha.
tahniah kepada zaza yang mendapat razli sebagai penyelia.bravo!
hahaha..
*zaza mesti mara aku buat statement nih*
Saturday, June 19, 2010
maw balik s.alam
bye bye facebook
bye bye myspace * seryes,aku da lama tak bukak ms*
bye bye ym
bye bye blog ku.
jangan nakal nakal ok.jaga diri leklok.huhu..
ngok ngek kepala kemek
grrrrrrrrrrrr...
happy father's day!
madahberhelah : kasih ibu bawa ke syurga,kasih ayah bawa bahagia.
so fair and squre kan?
reunion ka4
lagenda budak setan.
sibling

seingat aku, belum pernah aku story mory tentang geng geng aku kan?tetiba rasa rajin pulak nak story.
come, saya introducekan minah sebelah ni aisyah,adik aku yang last.umur 7 tahun.tapi cakap macam dah besar.cakap dia memang menyakitkan hati aku.haha.pot pet pot pet sana sini.tak reti nak duduk diam.memang anak last manja ek?manja aisyah ni memang rasa nak kena lempang dengan aku ouh..hahaha.*aku gelak gelak geram nih*banyak cekadak dia la orangnye.cekadak means banyak songeh.banyak songeh means cari la sendiri maksud dia.
suak bergadoh dengan haziq.ingat power puff girl ke?
yang ni pulak adik aku yang no 3.umor 10 tahun.dia sorang je boy dan dia sorang je yang terok kene buli.haha.haziq punya perangai baik SIKIT la dari aisyah. tapi kadang kadang tu rasa cam nak makan penerajang pon ada gak kan. standard ar tu.budak lagi kan.perangai still macam budak budak. eh,sekarang haziq da pandai masak.even,masak telor je pon tapi dia pandai variasi kan telor tu.memang aku boleh tersenyum bangga sebab dia tak menyusahkan aku da.haha.aku rasa memang wajar la ayah aku masuk kan dia taekwondo.sampai dengan aisyah sekali dia nak lawan.hadoii.pening pening.
.jpg)
Friday, June 18, 2010
li da abes
anda : *angguk,angguk, angguk*
ok.last day kami kat frim dr omar a.k.a dr kepada bed ngan boy invite semua budak praktikal pergi dekat makmal dia sebab dia plan satu jamuan yang sangat best ok.sangat sangat terharu.
ramai kot staf frim yang dia jemput.sampai ke dr tan yu eng ha.memang klas!
rasa sedih la pulak nak tinggalkan pck2 at bengkel ni.dah la sebelom kami balik,dr khairul bagi briefing kaw kaw punya.ha memang terbaek la.
bye bye frim.
sepanjang li kat sini tak mungkin aku lupakan.*jap2 jangan kacau daun,aku nak jiwang sekejap*.rasa macam nak nages pulak.sedih ouh.
sekarang aku da rindu kat cincau frim.
huru hara..
nasib aku telefon pn roslina.kalau tak maw kami tak daftar poli ouh hari isnin ni.memang penat giler harini.
pagi tadi aku pergian ke pasar.teman kan pn azlina beli barang la.lepas tu pegi bayar yuran poli dengan print report pulak.
sangat sangat penat ok.
bukan penat pergi sana sini.
tapi penat melayan kerenah budak budak kelas yang macam ragam.haihh.
Thursday, June 17, 2010
canopy walk
la first time aku pergi naik canopy walk nih.memang adventure abes la wa cakap lu.bukan apa,memang lelah la nak sampai kat atas tu.tapi ca ya nun alif memang selamba giler kot naik kat atas tu.especially yang tua.memang aku respect giler la.ada la sorang uncle ni.umur dia dah around 70 kot.tapi stamina dia kuat macam umur 20 tahun.bukan senang ouh nak naik bukit bagai tuh.maklum la canopy walk tu 300 meter dari aras laut.cube bayangkan beb.tapi memang bagos la uncle tu.sebab dia tiap tiap hari naik canopy walk.aku yang muda muda nih pon tak larat nak naik kat atas tu.pck yaakob sampai nak terpengsan da kot kat tengah tengah jalan.belum lagi sampai kat canopy die.tapi bila da sampai kat canopy memang la nikmat giler.
ada yang unik taw tentang canopy dia.canopy ni just support ngan tali kabel je kot.dah tu ikat kat pokok.kalau la tak betol caranye tu.tak sempat aku nak tobat da mati dulu da.hahaha.
tapi memang aku gayat la naik atas tu.memang aku tak pandang bawah langsung.dah la canopy tu berbunyi.kecut aku.masa ni la plak lagu dendang perantau bermain main kat kepala otak aku .*eh,apa kene mengena ni dowh*..
layannnnn.....
banyak!!
*fikir fikir fikir *
*think think think*
takpe la.korang tengok je la cerita pa yang keluar nanti.
aha!
demam bola
korang mesti ada favourite team kan?
aku teringat time time sekolah rendah dulu.masa tu darjah enam kot.nak dekat dekat upsr boleh lagi layan world cup.masa tu kami tengah gila ngan brazil and siti tengah giler ngan jepun.alasan die sebab ada hidoteshi nakata.am i right spell his name??ahaks.watever!bukan ada cikgu bahasa melayu pon nak tengok ejaan betul ke tak..haha.
memang giler la wa cakap sama lu.siti siap bawak magazine untuk world cup tu lagi ouh.giler kentang dia punya semangat.dalam magazine tu semua pasal info-info tentang team yang main tuk world cup semua ada.dia siap potong potong gamba lagi kot.ha.nampak kan semangat kawan aku nih.haha.tapi time tu brazil menang kot world cup.
tapi kan kalau girl layan bola.mesti ada sesetengah boy pandang sipi je.mesti dia tanye korang taw sokong je buat apa,kalau tak taw nama nama players yang ada kat team tu.taw taw sokong je sebab ada player hensem.
hello boy boy sekalian,suka hati la kami nak tengok criteria mana satu pon.ada susahkan korang.taw ar jeleskan sebab muka korang tak sehensem dorang..
ok team yang aku sokong :
portugal
brazil
argentina
dan
MALAYSIA..
haih bila la team ni maw ke world cup...
Monday, June 14, 2010
tuanpunyablog
.jpg)
first entry..
perlu ke?
*konfius sekejap*
hahaha.
kiranya ni blog sambungan la.aku just continue tulis aje.aha!
so enjoy it.sebab aku sangat enjoy bila tulis blog.haha.tapi kalau malas,tak dapat la nak nolong.