Thursday, June 30, 2011

yeah!aku dah kerja

eh,boleh pulak entry test tu keluar.ish tak paham aku.

eh,yelah.aku sekarang dah kerja lah.*nada buat buat terkejot..anak pak cik razak dah besar pongg.hehe.tercapai jugak hasrat aku nak kerja.nak merasa pegang duit sendiri.tak payah lah meraih simpati duit pak cik razak dah.dulu lepas spm gedik sangat nak kerja.tapi pak cik razak tak bagi.so,sekarang dah ada peluang,just rembat je lah kan..aku sekarang kerja kerani dekat syarikat insurans.pergh!dlu aku benci insurans sekarang nah amek ko.kira premium je lah ko hari hari.aku dapat kerja nih dekat mudah.

lepas aku habis diploma je,aku terus bukak mudah.alhamdulillah lah,banyak pulak kerja kosong area rumah rumah aku nih.target aku nak kerja kerani.so asal ada perkatan kerani je aku apply semua.boleh?

dalam banyak banyak yang aku apply tu adalah banyak jugak yang kena.tapi aku ambik kerja kat syarikat insurans ni je.alasannya senang je.sebab dekat dengan rumah aku.adalah dalam 10 minit dari rumah aku.tapi kalau bawak kereta lah.kalau nak jalan kaki pon boleh.tapi berpeluh lah ketiak ko bila dah sampai dekat tempat kerja nih.

aku kerja dari pukul 9 sampai pukul 3.and dari isnin sapai jumaat.best kan?kan?memang amat sesuai lah habis kerja pukul 3.lepas tu boleh aku bersantai santai tengok marimar pulak kan.haha.tapi gajinya tak payah lah diperkatakan kat sini.tak best pon.tapi aku redha je lah..pada aku rm550 tu memang lah sikit.tapi based kat experience yang aku ada ni,memang patot pon gaji camtu.

perlu ke aku tukar kerja nanti?kalau lah ditakdirkan aku tak dapat nak sambung unibersiti, ofcourse lah aku nak cari kerja lain.yang ni just for temporary je.anyway gaji first aku dah merasa dah pon.dapat lah aku RM508..gila kedekut!aku cuti dua hari pon nak kira.

duit tu aku bagi mak dengan ayah aku sikit.lepas tu aku belanja family aku makan makan.aku bagi dekat nenek aku.so,sekarang yang ada dengan aku rm50.ha,tak sedar gila aku.duit gaji dah lah sikit,ada hati nak bagi orang lain lagi.tapi aku tak kisah pon.tu lah niat aku first2 sekali nak kerja..kira ok lah tu kan?hehe.

test dulu

dah dua kali aku cuba nak post entry.tapi amtlah mengecewakan.tak boleh kot.maybe dorang dorang yang berkaitan buat mogok kat aku kot..ni nak majok ni!huh!takpon aku buat demonstrasi harammm...ehh,tak nak tak nak.

yang ni just entry untuk test..mari kita tengok dia nak keluar ke tak...

Monday, June 27, 2011

dah besar kan

pejam celik,pejam celik aku dah habis diploma dah.terus rasa macam orang dewasa sikit.tapi aku rasa macam kanak kanak ribena lagi.mungkin lah.tapi dari segi fizikal orang akan mengiyakan statement aku tuh.hahaha.

ok stop!

mari sambung balik.rasa macam mimpi pulak kan dah habis belajar ni.time2 macam nih la mula rindu dengan kawan kawan.mula rindu nak buat assignment.mula rindu nak lepak lepak.mula rindu nak kena maki dengan pensyarah.mula rindu nak stay up sampai malam.mula rindu nak pergi mekoda.mula rindu bla bla bla.banyak sangat aku punya mula rindu nih.

sekarang aku duduk rumah tak sama macam aku duduk dekat rumah sewa.biasa lah kan.kalo duduk dengan parents haruslah berprotokol sikit.kalau duduk dengan kawan kawan anda boleh bergelak sampai pagi.itu standard lah kan.tapi aku kalau dah duduk dekat rumah memang teramatlah payah nak hang out dengan kawan kawan dah.almaklumlah aku rasa macam akulah manusia paling banyak program nak dibuat masa weekend.kalah perdana menteri*perasan.

sorry guys.ada masa memang aku nak hang out sama sama dengan korang.just marilah kita menghitung hari untuk menanti detik itu.

Sunday, June 26, 2011

heyya!

owh wujud lagi blog ni.aku ingat nak buat baru je.tapi dah ada,just teruskan je la.senang!tak payah membazir masa aku nak create yang baru.tapi blog aku ni dah bersawang bagai.maklumlah awok ni dah lama tak menulis blog..sekarang ada lah jugak masanya sikit untuk dicontinue kan.amboiihh..apa2 pon layan je ceciter aku nanti ye...


challoo!