Friday, December 23, 2011

my bestie nak tunang weyhh!

tajuk aku macam aku sorang je yang ada bestie.hahaha
pedulik la kan!

aku tumpang gembira la
kawan aku NUR RUSILA BINTI ABDUL WAHAB dah nak bertunang dah esok
aku wish :

hope kau happy dengan pilihan kau.aku sure dia adalah pilihan terbaik untuk kau.
hope jugak our relationship never end even kau dah bertunang ataupun berkahwin nanti
aku happy sangat sangat untuk kau setelah sekian lama aku tengok banyak drama yang kau dah lalui sebelum ni
yes.aku sangat happy *sambil nangis nangis
aku nangis nangis sebab aku dah tak boleh tidur dengan kau dah!
tak boleh selalu lepak lepak dengan kau dah
rindu la weyhh zaman poli dulu :(

weehhoooo!

alohaaaa...
lama sangat la jugak tak update ye.
fuhh....fuhhhh...*tiup tiup habuk sikit dekat blog aku nih...
banyak bersawang dah ye blog ni.haha
haha la sangat.tak lawak pon kan...

act banyak benda yang nak update.tapi style aku la kan
bila bukak account blog aku, first sekali mesti aku usha blog orang lain dulu.
dah syookkk sangat usha blog orang lain
aku terus lupa nak update cerita gebang aku
demmm giler!
ok bye!

Wednesday, November 2, 2011

cuti la lagi :(

haihh..cuti mid sem seminggu ni macam tak puas je ouhh..cuti la banyak banyak lagii..pleaasee :(

ingat ada share lah kat sini ke ape?suka suka hati je mintak cuti lagii..

phuiii...hahahaha...

Wednesday, October 19, 2011

lembembabfab!

perghh..ni lah dugaan nye kalau dapat 2nd intake.
macam macam hal bila nak register kursus.
dalam seminggu, kerja aku asyik ulang alik ke fakulti dengan pejabat pentadbiran.
memang aku dah boleh hafal lah jalan yang aku lalu tu.
bengang dowh.sistem tak berapa nak bagus la.
sistem nak register kursus tu kene guna on9 ok.
nampak macam 'wah,giler maju kan'
tapiii...indah khabar dari rupa.
serupa ko buat cara manual la weyh..
lagi bagus kot.cepat and senang!
boleh lah aku masuk kelas dah. and takde la ketinggalan banyak sangat bab kan.

nak daftar kursus satu hal.orang fakulti suruh pergi bhgian pentadbiran
orang pentadbiran suruh pergi fakulti yang incharge setiap kursus tu.
perghh..pengsan ok!
hello, tuan/ puan sekalian...
kalau takde siapa yang nak buat kerja,jangan la kerja lain kali...
menyusahkan orang laaa...

kat bhgian pentadbiran kan.yang pegawai nye sorang je.
yang nak berjumpa ngan pegawai tu punya lah berderet deret beratur..
apa lah salah nya suruh 2-3 orang lagi ke pegawai yang incharge kes nak daftar kursus ni..
terukkk laa.ingat student ni takde keje lain nak buat.maybe ada yang rushing nak pergi kelas pulak..
tak pasal pasal kang tak masuk kelas pulak kan.

punca tak boleh nak daftar kursus ni sebab kuota dah penuh..
please la ye..kalau dah taw budak budak 2nd intake nak masuk...
tolong lah bukak banyak sikit kuota..
takde la menyusahkan student and diri pegawai tu sendiri.
ok sekarang aku dah boleh daftar.and selamat masuk kelas da pon.
tapi next sem tak taw la nasib yang sama macam sem ni gak ke.
so kita tunggu dan lihat je la ekk..

new life!

wah lama tak jumpa!ce teka aku ada kat mana sekarang?kemain nak teka teka pulak.
sepak nak?hahaha

aku sekarang kat upm.
oh nehe nehe.aku tak keje da ye kawan kawan sekalian.
tiba tiba aku further study..
ha.magic kan?kan?kan?hahaha
phuii...

panggilan yang dibuat secara mengejut.
ala ala wakenabeb pon ada gak ye.
rasa macam nak tumbok je semua orang orang yang lalu tepi aku masa tu..
memang giler bagitau ari jumaat.then hari isnin kene register dah.
berkejar kejar aku sana sini nak setel kan urusan register ni
ada dok yang nak kene cop.nak print lagi surat tawaran bagai.
macam macam la songeh ouhh...
tapiii yang aku bengang kan..
aku dah print bagai bagai dokumen semua tu
time hari pendaftaran tu cantik je die bagi satu envelope
dalam envelope tu contain semua dok yang sama macam yang aku print tu..
ouhh angin monsun barat daya aku taw tak..
rugi jee..kalau la boleh refund and gantikan dengan duit..
jangan tanya kenapa la aku orang first yang beratur mintak refund tu..
hahaha.gila kejiii..tapi tu lah.membazir je.last2 dok yang dalam envelope tu aku simpan buat pekasam je la.
tak pon aku buat la alas time makan.nampak sikit ada guna kan?haha

tapi memang rushing la nak register kat sini
maklum la budak 2nd intake.camni la nasibnye :(

Wednesday, September 14, 2011

entry dalam ofis

sekarang time aku kerja.tapi takde kerja la.boring kan?
nak gosip takde partner..
dah aku sorang je ada kat ofis ni,mana nak cekau partner pulak kan.
takpe2.tu boleh rileks lagi.
kerja takde,aku pon laju la on9 fb

20 minit berlalu..

aku paling tak suka part ni.aku dah bosan dah nak layan fb.
so,any idea?owh ok.aku stalker blog orang pulak.
sampaaaaaaiiii la aku rasa macam takde blog dah nak baca.
aku pon stop la dulu.
giler ko,mata ni kalau menghadap lama sangat dekat skrin komputer maunye pedih kan.
aku pon pergi lah duduk balik kat meja aku.nak buat apa ye?
aku pon nampak kertas,aku pon conteng lah kertas kosong tu.
dah habisss kertas tu aku conteng, aku dah start boring..
dah tak boleh sabar dah ni.aku rasa macam nak jerit je kuat kuat.
tapi demi menjaga hati jiran tetangga,aku tak tergamak la pulak nak jerit kan.
bukannya apa.punya lah seksa aku nak tunggu habis kerja ni.
aku habis kerja dalam pukul 3 je pon..tapi seksa betol laa..
tapi alhamdulillah la jugak habis sampai pukul 3, kalau pukul 5?
ha,jangan tanya kenapa aku siap bawak tilam bagai masuk ofis ni.
sekarang line tengah clear ni...
bos aku pergi uk.so,aku boleh enjoyy la..hahahahah

entry ni sebenarnya aku nak cakap yang aku boring je.hahaha
tapi cuba lah bayangkan kalau aku buat aktiviti ni tiap2 hari
boring nak mam kan?
ok.bye!

Saturday, September 10, 2011

ramadhan yang berlalu

ececehhh ayat entry aku.macam menunjukkan aku lah orang yang paling bertawaduk sekali masa bulan puasa hari tu.hahaha.

tapi serius la weyh.tahun ni kan aku bersyukur la sangat sangat aku boleh full sembahyang terawih.
ye la tolak la yang aku cuti tiap tiap bulan tu kan.
bukan lah nak meriak (walaupon ada terkembang hidung sikit) tapi rasa macam tak percaya ouh.
tahun lepas aku still dalam study.so,puasa aku dekat shah alam.
dekat shah alam memang la payah nak pergi terawih.
mungkin banyak nafsuuuussss yang bertenggek dekat badan aku nih.
maybe alasan banyak assignment pon mungkin.*ayat macam haram jadahhh.rasa nak lempang je diri sendiri.haha*
so,terawih aku agak tak memuaskan.

sekarang, mungkin tengok pn azlina pon pergi terawih so,nafsu pon melonjak lonjak nak ikut sama.
so,kalau dah berapa hari pergi terawih,rasa macam dah jadi kebiasaan.
and rasa macam ruggiiiii sangat aku tinggalkan even satu hari pon.
tapi tipulah kan aku takde rasa malas nak pergi terawih.
ada jugak rasa malas tuu..tapi macam aku cakap tadi lah.rasa rugiii pulak tak pergi...
ok stop cerita pasal terawih sebelum ada orang menyampah baca ayat aku yang macam nak meng'up'kan diri sendiri jeww..


ok.tahun ni jugak memang zero lah aku pergi bazar.memang nan adoo..
ouh,rasa macam tak percaya je.
sebab aku adalah manusia pada setiap tahun adalah wajib pergi bazar.
kalau tak pergi,macam tak lengkap puasa aku.macam tu pulak kan?
tapi memang tahun ni pecah rekod la.lagi lagi, banyak berita pasal orang keracunan makanan beli kat bazar kan?
and lagi lagi lagi la pulak orang ramai complaint makanan kat bazar takde lah sedap sangat
dah lah tak sedap,kecik pulak tu..tapiiiiii hargaaaanya ya ampunnnn,mahal bebenor..ish2...
apa lah nak jadi,baik aku buat sendiri dekat rumah je.


eh,eh sekarang aku dah pandai masak sikit sikit.hehe.belagak kan?
walaupon sambil aku masak,sambil tengok instruction..kau ado??



selamat hari raya!

ok aku tau dah hari raya ke berapa dah ni.orang lain semua dah update entry wish selamat hari raya.
aku sorang je lambat macam siput babi  nak update blog.
ye lah.mana tak lambatnya,usha blog orang je lebih dari blog sendiri.
ye la,blog orang best best cerita raya nya,haruslah aku pergi skodengg..
aku kan kepochi sikit.hahahaaha *gelak setan*

apa apa pon selagi bulan raya ni tak habis,so tiada masalah disini untuk saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Monday, August 8, 2011

blog lama :(

sedih lah bila ingat balik blog lama aku.
banyak cerita ada dalam blog tu.
tapi tak boleh nak bukak dah blog tu.
apasal ek?
sampai sekarang aku cari lagi jawapan kepada soalan misteri tu

http://wawakatik.blogspot.com/

blog yang banyak pengalaman suka duka aku.
sediihhhhhhhhhh :'(

entry meriak!

ehem..aku tengok blog blog orang lain banyak post kan pasal masak ni la.masak tu la.
so,aku pon tak nak lah nampak macam anak dara pemalas sangat kan
*walaupon memang dasar pemalas
so,aku post la satu entry masak memasak ni.hahaha.
tapi aku masak trifle je pon.
bukan lah masak yang gempak gempak macam orang lain.
maluuuuu*blushing
nak buat trifle ni pon aku usha resepi dari tahun lepas lagi.
tapi sekarang baru lah nak buat.adoiyaiii
punya lah aku buat pekasam resepi dia.

trifle yang dalam gambar ni nanti.trifle yang kali kedua aku buat.
tapi yang ni pon tak jadi sangat.sebab aku letak jelly tu macam tebal sangat.
kisahnya aku nak letak whipping cream.
tapi whipping cream pulak dah habis.
ikot akal pandai bangang aku nih letak la jelly tu setebal yang mungkin.
ha,ko! tebal nak mampos aku buat.
bawak pulak pergi hostel adik aku kan.
panggil pulak kawan kawan dia makan sekali.
memang malu lah kalau tak sedap.
tapi alhamdulillah la dorang cakap sedap.
siap mintak resepi lagi.
aku tak tau lah dorang ikhlas puji atau ambik hati kan.
tapi aku pedulik apa.asalkan ada perkataan PUJI tu.
aku dah bangga giler dah..
ok giler keji.hahahha...


yang first punya trifle tak jadi ouh.
tapi yang kastard tu dah sedap dah.maybe terlampau cair kot kastard tu.
so letak whipping cream pon.
dengan whipping cream tu tenggelam dalam kastard tu.
macam titanic karam dah aku tengok.
tenggelam tenggelam pon habis jugak la.
sebab masa tu mak cik mak cik aku ada datang.
nasib nasib.pheeww!








resepi ni ambik dekat blog mak nani rostam.<------ aku tak pandai buat link.adehh,sedih rasa.
tapi resepi tu aku dah modify sikit.sebab tu tak jadi.hahaha

Friday, August 5, 2011

salam ramadhan!

ok dah puasa ke lima sekarang kan?
baru lah aku terhegeh hegeh nak update.
hrmm.memang aku bukan penulis blog tegar nak update setiap masa or setiap hari.
ikut mood je nak update nih.lagi lagi dengan sifat pemalas yang luar biasa nih.
alhamdulillah.aku full lagi puasa sampai lah detik ini.chewaahh!

aisyah dengan haziq pon puasa full jugak.
cerita tentang aisyah kan.memang ni first time dia puasa full.
ok lah.walaupon merungut lapar or haus.biasa lah kan budak budak
aku takot je time dia pergi sekolah,dia berbuka teros.
mana lah taw tergoda tengok kawan kawan dia makan ke.
masa hari first puasa,aku ada tanya dia macam ni:

aku : ecah,kawan ecah puasa tak?


ecah: ada yang puasa.ada yang tak.ada kawan adik yang tun tu kan dia tak puasa.


aku : oh ye ke?kenapa dia tak puasa?


ecah: dia cakap,kalau dia tak puasa harini,dia boleh ganti puasa nanti.mak dia selalu buat.


aku: *tercengang aku.budak darjah 2 cakap macamni.

expert ek sekarang budak budak.takde la lembembabfab macam zaman aku dulu.ehh?hahahhaa

happy birthday kenet!

happy birthday to you!happy birthday to you!
happy birthday bla bla bla.....
*malas nak nyanyi dah.boleh?

ok.ok.ok.
tepi sikit.aku nak tiup lilin.eh,mak aku cakap tak boleh tiup.
so,aku kibas kibas je lah ek sampai lah api tu mampos.

1.8 hari tu birthday aku.
bersamaan dengan satu ramadhan.*kena ek bagitau?
so umur aku dah boleh pergi ke tahap mengundi.
tapi aku tak minat.
itu tolak ketepi dulu.
terima kasih la kat u olls yang wish kat fb ataupon kat henset.
aku kan satu lah tak suka kalau orang wish kat fb.
pada pandangan aku lah kan.
ramai orang yang wish dekat fb kebanyakkannya hipokrit.
contohnya,ko tak kenal sangat dengan birthday girl/birthday boy tu
tapi wish dia punya lah macam ko rapat giler dengan dak tu
dia tulis lebih kurang macam ni la.
happy birthday sayang!
and bla bla bla...
padahal aku kenal pon tak dengan ko.
tiba tiba nak bersayang sayang dengan aku pulak.agak rimas disitu.
motiff nak wish macam tu?mesti nak share hadiah birthday dengan aku la tu

pada aku simple.kalau tak kenal sangat dengan orang tu.
dekat fb pon tak pernah bertegur sapa.
so cara yang terbaik.wish je lah simple simple.
macam happy birthday je ke..ha yang paling mudah sekarang.
ada yang tulis hb je.ha,senang kan?

peacee!


*apekah aku tulis entry ni cuma nak cakap perkara di atas?hahahha.takde motif betol!

Sunday, July 31, 2011

sakitekak

bangun bangun tidur je,tekak aku dah start sakit
dia da mula dah nak buat hal nampaknya.
apa apa hal,makang strepsils dulu.
esok nak puasa dah.harap harap elok cepat ye busukkkk...
:)

Thursday, July 28, 2011

harimau..auuummmm!!!

korang minat bola tak?aku minat jugak la.
aku ingat lagi first time aku minat bola masa world cup 2002 tak silap aku.masa tu aku dahjahanam.
orang sibok sibok nak UPSR, aku dengan kawan kawan aku siiiiiibbooookkkk je dengan world cup ni.
sampai lah sekarang minat tu still ada lagi.

aku pernah sekali tengok bola dekat stadium.
masa tu selangor lawan n9.
masa tu aku memang menyampah lah tengok orang lawan lawan bola dekat malaysia nih.
sebab dorang main macam lembembabfab.
bengang je aku tengok.
tapi pergi tengok kat stadium tu pon free je.
sebab syawal a.k.a boipren si sheila yang menyeludup kami masuk.
orang first time tengok bola kat stadium kan.
mestilah jakun sikit.hahaha
meriah bangattt rupanya kat dalam stadium tu..
syokkk jugak ouh.
orang bergendang, aku dengan sheila pon nak bergendang gak.
orang jerit jerit,kitaorang pon nak join jugak.macam apakah itu?hahaha
siot je kan.
lepas tengok match tu,memang suara kiteorang nan ado la.
ha,nak sangat kan.padan la muka.

ok harini ada match si singa dengan si harimau.
sabtu lepas harimau dah kalah dah 5-3
harap harap harini nasib sebelah dekat harimau la pulokk..


ha ni lah dia si harimau harimau kita.
eh,muka amirulhadi tu macam muka kawan aku (feri) ouh.
yang si safiq ni tak boleh main malam ni.apakah nasib ko kena kad merah pulak kan
khairul fahmi,betol ke gosip baru baru ni?tak mau tak mau buat tunang macam tu.
susah senang mesti lah sama sama,tak kan bila dah susah ko nak tinggalkan dia pulak kan...peace!
safee salii ohh herokuuuu!hahahahha

Friday, July 15, 2011

mood nan ado

check result upu memang lah amat amat mendukacitakan aku.aku tak dapaaatt la.sedih betul!
so,sekarang aku tengah buat rayuan.hopefully dapat lah kali nih..fuuuuhhhhh!!*jampi sikit.hahaha.

so,sekarang aku mau nangis.ada sape sape tak nak bagi pinjam bahu?sekejaaaaaapppp je..anyone?

Thursday, July 14, 2011

dup dap dup dap

huisyhh..dari malam lagi jantung aku ni tak berdegup secara normal.ni semua gara gara pukul 12 kang.semoga doa aku dimakbulkan.aminn....


macam mana nak hilangkan perasaan nervous gila vavis nih?cuuaaakkkk!!!

how to handle stress?

ececeh..kemain lagi tajuk entry aku omputih.hahaha.ok.mari kita cakap pasal stress.bukan lah aku ni pakar motivasi atau apa apa yang sewaktu dengannya.aku hanya insan biasa yang juga mengalami stress.daannn sejak dua menjak ni pon ada lah gak stress yang masuk dalam badan nih.ha ko,ayat macam expose mistik..sebab tu lah aku nak share tips lah macam mana nak handle stress.ada yang tips ni selalu lah aku buat..(tips ni bukan dari aku.aku cilok kat blog lain.aku tak sempat nak copy link dia.sesiapa yang terasa dia punya,mintak halal la ek.sharing is caring kan?ahaks!)


1. senyum
ohh..yang ni senang je.aku memang suka senyum pon.tak payah orang buat lawak lebih pon aku dah boleh senyumm.bukan setakat senyum je aku boleh bagi.ketawa terbahak bahak macam orang gila tak sedar diri pon aku boleh bagi.hahaha.tapi..wait!yang ni senyum time stress lah.owhh,aku kadang kadang lah boleh senyum kalau tengah stress.tapi kalau stress melampau tuh memang orang buat lawak giler kentang pon aku tak kan nak ketawa.ok,kena berubah lepas ni.kena senyummm je wani..nanti biar orang cakap muka manyakkk sinyuuummm..hahaha


2.bersendirian
owh,aku memang tak boleh nak duduk bersendirian.kalau aku duduk sendiri sendiri otak aku akan jammed sikit.eh,ada ke?tapii aku mesti nak ada seorang kawan duduk dengan aku.


3.bertenang
aku kalau ada stress memang muka mesti monyok dulu.bak kata sheila muka macam mintak sepak.hahaha.dannn aku tak boleh nak bertenang sangat.sebab aku seorang yang cepat kabott lagi serabot..oh mulai sekarang aku kena belajar bertendang bertenang ni.


4.berbuat baiklah pada insan
maksud dia yang aku paham lah kan.even kita tengah stress pon,kita mestilah berbuat baik dengan orang lain.jangan jadikan stress ni sebagai point nak memaki hamun orang sesuka hati.ko tengah stress,orang yang takde salah pon ko main boooo je kat orang.tak baik ok!

5.jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf
yes.masa stress ataupon tidak kita kena jadi macam nih.sentiasa berhati luhur dan pemaaf.walaupon aku nih bukan baik sangat.tapi aku akan try lah sentiasa menjadi seorang pemaaf.buat apa nak musuh musuh ni.buat tambah stress ada lah kan..

6.peluk
yess..aku paling suka tips ni.dan aku sentiasa buat tips ni.kalau aku ada stress.aku mesti nangis tanpa sebab then peluk orang.kalau tak dapat orang,bantal pon jadilah.yang selalu jadi magsa pelok aku sheila lah.hahaha.tq beb!

7.lavender
dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan stress.pernah kan bau lavender?wangi kan?pada aku wangggiiiii sangat.tapi aku tak pernah lah try lagi tips nih.kalau rajin rajin tu belilah aromaterapi lavender ni then letak kat bilik..boleh hilang stress kott..

8.kasih sayang
mesti ada kasih sayang pada sesama insan lah.tak kira lah family ke,kawan ke,couple ke..dengan adanya insan tersayang ni.kita bolehlah mengadu nasib dekat orang orang yang berkenaan ni.hilang lah sikit stress tu kan.tu pon kalau ada yang nak melayannn la..kalau nan ado?sentaaapppp la ko selama berapa minit.boleh?hahaha.gurau je..tak kan lah takde nak dengar kita mengadu nasib kan....

9.ALLAH
yan ni sentiasa betol..ha,aku dah dapat dah kesinambungan dia.kalau takde siapa yang nak mendengar kita mengadu nasib,jangan lah risau.sebab Allah sentiasa mendengar doa doa hambanya.jangan lah bila ada stress je baru nak ingat Allah.waktu ko hu ha hu ha ko dah lupa daratan balik.(ingatan pada diri sendiri esp)

10.Ceria
owh.kalau ko stress pon mestilah kena ceria.kalau kita sentiasa ceria,stress pon akan hilanglah dengan sendirinya.erk,betol kan?

11.tidur
aku suka tips ni..my hobi..tapiii memang berkesan kalau  time time stress ko tido ouh.sebab aku dah try pon buat.stress stress je tido.bila bangun pagi sok mesti dah boleh lupa.ha.senangkan?hahaha..

12.menangis
aku penah buat gak nih.aku nak menangis kat depan orang  agak aku malu malu cipanzi sikit.sekaliii ko aku nangis dekat dalam toilet.sambil sambil mandi dengan shower tu.sambil tu air mata laju je turun.lepas dah nangis puas puas aku pon rasa lah lega.best best.





semua tips tu adalah betol.tapi yang explanation tu just secara suka suki.lebih kepada untuk memotivatekan diri sendiri..choppp!!yang tips 11 dan 12 tu aku tambah sendiri je.hahaha.

pray for me

kawan kawan ku sekalian,esok adalah hari penentu bagi hidup aku.please pray for me supaya dapat apa yang terbaik untuk diri aku ye.


tqqqqq..

cuakkk seyhh!

owhooo..pagi tadi aku cuak giler kot.memang takde dara darah kat muka aku nih dah..kenapaaa?? .meh aku cite.lai lai lai...

masa aku masuk kerja pagi tadi same as usual lah kan.
pagi pagi memang takde kerja lagi.so,aku relaks relaks baca paper dulu kat meja aku.
then,tiba tiba aku nampak sorang parya nih berdiri tegak je kat depan glass door office aku tuh..
aku ingat kan orang nak renew insurans.aku da standby nak bukak pintu walaupon pintu tuh tak kunci.kira acah acah la macam pintu tu kunci.hahaha
tapiii aku tengok parya ni tiba tiba hisap rokok pulak then baru aku perasan yang seluar dia tuh memang tunggu masa je nak terlondeh.aku dah cuak gila vavis nih.
sambil sambil dia berdiri depan pintu tuh die panddaaaaang je aku.aku pon pandangg ar dia balik.takot takot gak.tapi mesti buat buat berani kan.
aku dah ready dah ni.kalau tiba tiba je dia bukak pintu tu,aku nak libas je dengan paper yang aku baca tadi.
tapi maybe dia pikir tak boleh nak buat apa apa kan sebab masa tu orang dah mula ramai dah kat area situ and dia ingat glass door tu pon kunci kan.dia blah je la..aku memang mengucap giler giler masa tu.aku hati hati lah lagi,sebab aku takut dia patah balik semula.nahas je aku nanti.tapi syukur lah.nasib takde pape yang jadi.
kunci glass door tu aku buat patah hari tu.sampai sekarang aku tak pergi buat baru lagi.haaa,sekarang dah jadi macam ni baru lah ko nak mencari kedai kunci yang berdekatan.nasib lah ada bos yang prihatin (ceh sempat bodek,erkk kasi naik gaji lagi ekk) dia buatkan aku satu kunci lagi..

lepas ni moral of the story kenalah sentiasa kunci pintu tu yee..sekiaannn...

teringinnnn

yeszaa.aku teringin sekarang ni.teringin sangat sangat.oh,bukan mengidam ye.no!no!no!
teringin apa ye?teringin nak buat triffle.aku sekarang tengah cari resepi triffle yang best best.then sekarang tengah kumpul bahan bahan die.cehhh,cara aku kumpul bahan tu macam nak buat benda yang gempak je kann..hahaha..tapi takpe,sikit masa lagi aku akan try gak buat benda alah ni.kalo sedap,aku update lah ceritanya.kalo tak update tu.paham paham sendiri la ye yang misi kali nih gagal.hahaha..

Monday, July 4, 2011

twitter

ok ok aku taw aku ketinggalan zaman..orang lain dah berzaman pakai twitter,barulah aku bukak account ni.tapi takpelah.asalkan ada kot..

aku dah bosan dengan fb,aku try twitter ni..tapi sama je bosan pon..maybe dekat twitter ni tak ramai followers aku lagi kot.*ayat sedapkan hati.macam ko femes lah nak follower beribu ribu.hahaha.
so follow lah aku nanti ek..guna nama wawa ulala jugak.sama je macam nama dekat fb..
ha,dekat twitter je aku publish blog ni.dekat fb tak berani lagi lorhhh..

bosaannngggg

time: 2.15 p.m
location :ofis aku lah..eh bukan aku punya ofis.tapi ofis tempat aku kerja.

aduhh sangat lah bosan kalau takde client nak renew roadtax.cuba lah kan kalo client tu datang time time camni.takde lah aku mengantok.*ok,sekarang aku mengantok sangat and bosan tak taw nak buat apa.
tapi kan paling aku bengang,kalau client datang time aku nak balik..memang potong mood aku je.time mood aku dah teringat ingat cerita marimar nak start lepas tu apa jadi kat angelica bangang tuh..*eh,ni dah lari tajukk...

ok kejar balik.

time aku free free segala taknak pulak ko datang,time aku meroyan nak balik rumah..baru lah nampak muka..adoiiyaii..nasib nasib...
sekarang aku tengah countdown nak balik..jom kita countdown sama sama..hee~

Thursday, June 30, 2011

yeah!aku dah kerja

eh,boleh pulak entry test tu keluar.ish tak paham aku.

eh,yelah.aku sekarang dah kerja lah.*nada buat buat terkejot..anak pak cik razak dah besar pongg.hehe.tercapai jugak hasrat aku nak kerja.nak merasa pegang duit sendiri.tak payah lah meraih simpati duit pak cik razak dah.dulu lepas spm gedik sangat nak kerja.tapi pak cik razak tak bagi.so,sekarang dah ada peluang,just rembat je lah kan..aku sekarang kerja kerani dekat syarikat insurans.pergh!dlu aku benci insurans sekarang nah amek ko.kira premium je lah ko hari hari.aku dapat kerja nih dekat mudah.

lepas aku habis diploma je,aku terus bukak mudah.alhamdulillah lah,banyak pulak kerja kosong area rumah rumah aku nih.target aku nak kerja kerani.so asal ada perkatan kerani je aku apply semua.boleh?

dalam banyak banyak yang aku apply tu adalah banyak jugak yang kena.tapi aku ambik kerja kat syarikat insurans ni je.alasannya senang je.sebab dekat dengan rumah aku.adalah dalam 10 minit dari rumah aku.tapi kalau bawak kereta lah.kalau nak jalan kaki pon boleh.tapi berpeluh lah ketiak ko bila dah sampai dekat tempat kerja nih.

aku kerja dari pukul 9 sampai pukul 3.and dari isnin sapai jumaat.best kan?kan?memang amat sesuai lah habis kerja pukul 3.lepas tu boleh aku bersantai santai tengok marimar pulak kan.haha.tapi gajinya tak payah lah diperkatakan kat sini.tak best pon.tapi aku redha je lah..pada aku rm550 tu memang lah sikit.tapi based kat experience yang aku ada ni,memang patot pon gaji camtu.

perlu ke aku tukar kerja nanti?kalau lah ditakdirkan aku tak dapat nak sambung unibersiti, ofcourse lah aku nak cari kerja lain.yang ni just for temporary je.anyway gaji first aku dah merasa dah pon.dapat lah aku RM508..gila kedekut!aku cuti dua hari pon nak kira.

duit tu aku bagi mak dengan ayah aku sikit.lepas tu aku belanja family aku makan makan.aku bagi dekat nenek aku.so,sekarang yang ada dengan aku rm50.ha,tak sedar gila aku.duit gaji dah lah sikit,ada hati nak bagi orang lain lagi.tapi aku tak kisah pon.tu lah niat aku first2 sekali nak kerja..kira ok lah tu kan?hehe.

test dulu

dah dua kali aku cuba nak post entry.tapi amtlah mengecewakan.tak boleh kot.maybe dorang dorang yang berkaitan buat mogok kat aku kot..ni nak majok ni!huh!takpon aku buat demonstrasi harammm...ehh,tak nak tak nak.

yang ni just entry untuk test..mari kita tengok dia nak keluar ke tak...

Monday, June 27, 2011

dah besar kan

pejam celik,pejam celik aku dah habis diploma dah.terus rasa macam orang dewasa sikit.tapi aku rasa macam kanak kanak ribena lagi.mungkin lah.tapi dari segi fizikal orang akan mengiyakan statement aku tuh.hahaha.

ok stop!

mari sambung balik.rasa macam mimpi pulak kan dah habis belajar ni.time2 macam nih la mula rindu dengan kawan kawan.mula rindu nak buat assignment.mula rindu nak lepak lepak.mula rindu nak kena maki dengan pensyarah.mula rindu nak stay up sampai malam.mula rindu nak pergi mekoda.mula rindu bla bla bla.banyak sangat aku punya mula rindu nih.

sekarang aku duduk rumah tak sama macam aku duduk dekat rumah sewa.biasa lah kan.kalo duduk dengan parents haruslah berprotokol sikit.kalau duduk dengan kawan kawan anda boleh bergelak sampai pagi.itu standard lah kan.tapi aku kalau dah duduk dekat rumah memang teramatlah payah nak hang out dengan kawan kawan dah.almaklumlah aku rasa macam akulah manusia paling banyak program nak dibuat masa weekend.kalah perdana menteri*perasan.

sorry guys.ada masa memang aku nak hang out sama sama dengan korang.just marilah kita menghitung hari untuk menanti detik itu.

Sunday, June 26, 2011

heyya!

owh wujud lagi blog ni.aku ingat nak buat baru je.tapi dah ada,just teruskan je la.senang!tak payah membazir masa aku nak create yang baru.tapi blog aku ni dah bersawang bagai.maklumlah awok ni dah lama tak menulis blog..sekarang ada lah jugak masanya sikit untuk dicontinue kan.amboiihh..apa2 pon layan je ceciter aku nanti ye...


challoo!